Herbal Plaza
   
 

Herbal Plaza adalah merupakan pusat pengumpulan, pameran dan jualan produk-produk dan perkhidmatan berasaskan herba yang dikeluar oleh usahawan Malaysia.  Antara produk-produk yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti herba, botanicals, kosmetik, penjagaan diri, perasa, pewangi, makanan berfungsi, dietary supplements, nutraceauticals, phytomedicines dan lain-lain lagi.  Selain daripada itu perkhidmatan yang berasaskan produk herba seperti SPA, rawatan bersalin dan sebagainya boleh di pamerkan di Herbal Plaza.

 

Penyertaan

Peserta yang terpilih untuk menyertai Projek Herbal Plaza akan di berikan sebuah ruang pameran (showcase) untuk tujuan pameran produk dan maklumat syarikat.  Dengan menyertai pameran produk dan perkhidmatan berasaskan herba di Herbal Plaza, peserta akan mendapat pendedahan yang meluas seperti berikut:

Pameran produk dan perkhidmatan sepanjang tahun (2008/2009)
Promosi kepada pelawat-pelawat perdagangan yang diaturkan oleh MHC
Peluang jualan kepada bakal-bakal pembeli yang berminat
Perbincangan perniagaan yang diaturkan dari semasa ke semasa
Menyertai MHC di dalam pelbagai aktiviti promosi dalam dan luar Negara
Maklumat pertanyaan perdagangan (trade inquiries) yang dikemas kini setiap bulan.
Keutamaan untuk menyertai sessi latihan anjuran MHC
Sessi networking & business matching

 

 

Aktiviti

Herbal Plaza akan dibuka 6 hari seminggu (Isnin – Sabtu) dan terbuka kepada orang ramai.  Pelbagai aktiviti promosi akan diadakan di dalam dan luar negara untuk memperkenalkan Herbal Plaza sebagai pusat pameran dan jualan setempat produk dan perkhidmatan berasaskan herba Malaysia.  Kakitangan professional terlatih Herbal Plaza akan membantu untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan tempatan kepada pengunjung dan bakal pembeli.

   
 

Yuran

Yuran penyertaan untuk tempoh satu tahun (1 Februari 2008 – 31 Januari 2009) adalah RM500 sebulan (RM6,000 setahun).  Geran padanan (matching grant) akan diberikan kepada syarikat yang layak

   
 

Borang Penyertaan

Syarikat yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang disertakan dan dikembalikan kepada MHC pada atau sebelum 25 Januari 2008. Sekiranya Tuan/Puan memerlukan sebarang maklumat lanjut, silalah berhubung terus dengan pegawai-pegawai berikut:

Encik Bani Azhwan Abdul Rahim
Puan Rusminah Abdullah
03 – 2697 6628
03 – 2697 6612
 
 
Puan Sri Widias Tuti Asnam Rajo Intan
Cik Juhafida Jaafar
  03 – 2697 6619   03 – 2697 6620

Muat turun borang penyertaan dan hantar ke faks no :+603 2697 6621